DAPATKAN KITTEN UNTUK ANDA BELAI DARI MY CATS PATH

Hubungi kami di 019 965 2485 (Jep) selepas jam 2.00 petang pada hari bekerja dan pada bila2 masa pada hari cuti / cuti sekolah.

Thanks in advance kerana berurusan dengan kami.
Image hosted by servimg.com

Friday, November 21, 2008

Suntikan Pelalian / Vaksinasi Untuk Kucing

Jadual Suntikan Pelalian Untuk Kucing:
  • Dos Pertama
    ketika umur kitten 12 minggu

  • Dos Kedua
    3 hingga 4 minggu selepas dos pertama

  • Dos Penggalak
    setiap tahun (tahunan)
Kalau anda tinggal di kawasan Bentong, pejabat veterinar kat sini hanya kenakan RM20 aje untuk satu suntikan pelalian / vaksinasi (siap dpt 'Pet Vaccination Certificate' lagi). Petugas kat pejabat vet ini pun ramah2 dan sikap tolak ansur dia org pun very good.

**Kucing2 yg diberi suntikan ni akan tahan penyakit... insyaAllah.

NOTA:
Jadual suntikan pelalian tu dikeluarkan oleh
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor


SEMUA KITTEN KAMI SUDAH MENERIMA SUNTIKAN PELALIAN.
Hubungi kami di 019 965 2485 untuk memiliki kittens yang sihat.

Tuesday, November 18, 2008

Rekod Pengunjung - 17 November 2008

17 November 2008, pada hari ini saja laman blog ini menerima jumlah pengunjung yang agak ramai iaitu 216 orang. Jumlah online yang paling tinggi pula 42 orang. Macam-macam bendera negara yang timbul semalam.

Monday, November 17, 2008

New Babies (NEW UPDATE - 25-03-2009)

Pada 3 November 2008, jam 2.30 pagi (lebih kurang), Net selesai dan selamat lahirkan 6 ekor anak. Ayah babies ni sama dengan ayah anak-anak Net yang 1st batch.


Gambar ni saya snap guna Nokia 5300 je - merah sikit



Gambar ni pula guna kamera digital Nikon Coolpix S210 - tu pasal jelas

Gambar nih saya ambil hari ini (17 November - selepas 2 minggu dilahirkan). Alhamdulillah, takde yang mati setakat ni. Cuma yang kat center tu (gambar atas)kurus sikit... selalu kalah masa rebut susu agaknya.

Umur kittens ni pada hari anda membaca topik ini (dalam kiraan hari):


Image hosted by servimg.com
Apek - male (adopted)

Image hosted by servimg.com
Mus (adopted)

Image hosted by servimg.com
KT#3 - male(adopted)

Image hosted by servimg.com
Tam - male

Image hosted by servimg.com
KT#5 - female (adopted)

Image hosted by servimg.com
Tudot - male (RIP)

Image hosted by servimg.com
Apek & Tam tengah tidur lena

Image hosted by servimg.com
Apek dah pandai minum susu dalam botol
11 Dis 2008

Bayaran RM30 dikenakan untuk BOOKING. Sila hubungi 019 965 2485 untuk urusan bayaran. Wang akan dikembalikan jika berlaku kematian atau kecacatan kepada kitten yang anda booking. Kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran. Harap maaf.

Bambie (female) - available

Sebaya dengan Flower.



Yang ni ekornya pendek sikit



Flower (female) - adopted

Yang ni kami panggil Flower sbb bulu dia dah nampak panjang masa dia baby lagi. Gambar yang ni masa umur Flower lebih kurang 2 bulan rasanya.




Ini gambar terbaru dia. Payah sikit nak ambil gambar si Flower nih.

Sunday, November 16, 2008

Tom (male) - not available

Yang ni anak saya bagi dia nama TOM.



Possing yang paling Tom minat waktu dia tidur







Kucing ni kucing kesayangan isteri dan anak-anak saya

Sweety (female) - adopted

Anak Net batch pertama yang lahir di rumah saya.



Ayah dia ni hasil kacukan DLH dengan DSH (domestic short hair) bermata oren.


Hari ni umur Sweety dah 4 bulan.


Hukumnya Harus

Perkara pertama yang saya dan isteri fikirkan sebelum buat keputusan untuk jual kucing ialah apakah hukumnya. HARAMkah atau HALALkah? So, saya tanya kat beberapa orang tok imam, ustaz dan saya juga log in forum yang ada membincangkan tentang isu ini.

Hasilnya, saya difahamkan bahawa hukum menjual atau membeli kucing untuk tujuan dipelihara, dibelai dan disayangi adalah HARUS. Untuk meyakinkan lagi, kami layari laman web JAKIM (tak tanya, cuma baca hasil soal jawab je). Jawapan yang diberikan oleh JAKIM juga menjurus kepada keputusan yang sama.

Maka, saya pun teruskan dengan keputusan untuk menjual kucing-kucing saya (yang diminati je) disamping bagi gitu je (yang perlukan rawatan - sakit mata je). Yang akan saya simpan... tak payah cerita la kan?

Inilah Net


Masa ni, Net masih dalam pantang.

Bermulanya Di sini

Saya ni memang minat bela kucing lebih-lebih lagi kucing dari jenis domestic long hair (DLH). Sebelum ni, saya, isteri dan anak-anak hanya bela kucing kampung je. Selepas jumpa Si Net (kucing DLH), maka bermulalah era baru dalam dairi kucing saya. Sekarang ni, kucing saya tu dah semakin membiak. Si Net, kalau sekali beranak tu... sampai 6 ekor anak dia!
Apabila dah banyak ni, tahu-tahu ajelah... bab maintenance. Tapi... setakat ni ok lagi la. Masih terurus. Cuma takut esok-esok... kesian jugak kat kitten yang comel-comel tu. Takkan nak buang pulak... huh, tak tergamak rasanya.

Jadinya, saya ambil 2 jalan penyelesaian:

  • Pertama:
      saya akan serahkan kucing kepada orang yang betul-betul minat nak take care kucing tu (kos perubatan).

  • Kedua:
      saya akan jual untuk cari sikit modal bagi menampung kos makanan dan litter box (tandas) kucing-kucing yang kami bela ni.

Kalau ikutkan... memang tak sampai hati sebab kita yang besarkan, tapi... rasanya lagi elok hobi yang baik ni disebarkan. So, saya wujudkanlah my cats path ni.

Contact Person

Bentong, Pahang, Malaysia
No. HP: 019 965 2485